02 June, 2009


Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya..Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mereka tentangnya kasih sayang…

Pelajar: Cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang..?? Dan bagaimana kita mahu mengekalkan kasih sayang itu..??

Cikgu: Baiklah..saya mahu kamu lakukan apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan sambil memandang rumput yang berada di depan kamu..Kamu boleh pilih rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun hanya sekali, dan saya mahu kamu petik rumput yang kamu sukai itu dan bawa ianya ke kelas..

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang ada pada tangan pelajar tersebut. Lalu, cikgu tersebut pun bertanya..

Cikgu : Mengapa tidak ada sehelai rumput pun yang ada di tangan kamu..??

Rakan-rakannya yang lain pun melihatnya dengan penuh rasa hairan..sama seperti guru tersebut..

Pelajar : Tadi sewaktu saya berjalan saya pun carilah rumput yang paling cantik seperti yang cikgu arahkan..memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi..Tapi sampai ke penghujung padang saya masih belum berjumpa rumput yang paling cantik..Waktu itu, saya terfikir mungkin ada di antara rumput yang telah saya tinggalkan adalah rumput yang paling cantik tanpa saya sedari tapi cikgu da pesan tidak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya dapat petik..

Cikgu: Ya, itulah jawapan yang sebenarnya. Bermaksud, apabila kita telah berjmpa dengan orang yang kita sayang, tidak perlulah kita mencari yang lebih baik dari itu. Adalah wajar kita hargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya...